Thursday, March 10

Saya bangga menjadi rakyat Malaysia


sumber: Encik Google

Salam 1 Malaysia.

Eh, kenapa ni? Tiba-tiba nak jadi post pasal ni? Okay. Sebenarnya, semua ni berpunca daripada subjek BM. Entah macam mana, dapat idea apa nak taip dekat blog harini. Oh ya, saya akan mencuba sedaya upaya untuk menggunakan Bahasa Melayu dalam entri kali ini. Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkukuhkan Bahasa Inggeris. *Okay, saya tahu korang mesti cakap "asal minah ni? bajetz cakap Bahasa Melayu. BM pun tunggang-langgang. At least I tried to type in Malay. Daripada kau? Taip menggunakan Bahasa Rempitz atau lebih tepat lagi, Bahasa Tanjung Rambutan. Orang boleh jadi gila memikirkan perkataan apa ni? Untuk makluman korang, BM saya bukan hebat mana pun.

Balik kepada topik. Kenapa saya bangga menjadi rakyat Malaysia?
  1. Pemimpin yang berwibawa - Dari Tunku Abdul Rahman sehinggalah Dato' Sri  Mohd Najib bin Tun Abdul Razak
  2. Rakyat yang berbilang kaum. - Melayu, Cina, India hidup dalam keadaan yang harmoni dan aman.
  3. Pengangkutan awam yang banyak- Bas, LRT, Monorail dan lain-lain memudahkan kita untuk pergi ke satu tempat ke satu tempat yang lain. 
  4. Highway - LEKAS, Federal Highway, Plus Highway dan lain-lain. Senang pakcik-pakcik, makcik-makcik nak travel. 
  5. Jenama kereta sendiri - Proton Saga merupakan model pertama syarikat automotif pertama Malaysia iaitu PROTON
  6. Pelbagai perayaan disambut di Malaysia- Dah rakyat berbilang kaum, mestilah banyak perayaan bukan? Sebagai contoh, bukan sahaja kaum Cina yang menyambut Tahun Baru Cina, kaum Melayu dan India juga. 
Sebenarnya terdapat banyak sebab kenapa saya bangga menjadi rakyat Malaysia. Ini adalah salah satu daripadanya. Kita mestilah bersyukur kerana dilahirkan sebagai warganegara Malaysia kerana Malaysia adalah sebuah negara yang aman damai dan tenteram. 

amiraR




No comments:

Post a Comment